Showing posts with label resepi kek coklat. Show all posts
Showing posts with label resepi kek coklat. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Black & White Cake. Slurrpp!



Gojes gojes sekalian.. Sila skroll gambar ke bawahhhh


 


 


 



Oke, sila telan air liur sebelum proceed.
Haha..


Saje buat korang terliur..
Hehe..


Siapa penggemar chocolate..
Hard core chocolate..


Boleh cuba Black & White Cake nih..
Sumpah, korang makan sekali, rasa nak makan berkali-kali wooo..


Aku cakap perkara benar..
Bab makanan aku tak suka menipu..
Kalau sedap, aku share dengan korang..
Kalau tak sedap, memang jujur aku kata tak sedap..



Tapi yang ni memang sedap..
Boleh COD area Shah Alam..


Boleh add FB my friend nihhhh .. 
Kat SINI eaa


Lepas tu nak order, bgtahu lah korang tahu information bout dis cake, from my blog..
Hehe....




p/s : I like bussiness very much! 
Nanti i update something yang berkaitan dengan wedding..
Pon under member punya bussiness beb..
Hehe








Saturday, October 17, 2009

kek coklat kukus

aku ada 1 resipi nak share dengan siapa2 yg tengok blog aku nih..

nama resepi KEK COKLAT KUKUS..

mudah je nak buat kek nih...

selamat mencuba ea...

gerenti sodap....(^O^)


BAHAN A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu the baking power
( Ayak semua bahan diatas )


BAHAN B

2 cawan gula pasir
2 sudu besar Nescafe
1 sudu teh garam
1 1/3 cawan air panas
( Bancuh semua bahan sampai gula larut )


BAHAN C

4 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
1 cawam minyak masak


CARA

1. Pukul telur sampai kembang ( tidak perlu guna mixer )
2. Masukkan susu pekat manis dan minyak – kacau rata.
3. Campurkan bahan A dan B berselang-seli sehingga habis.
4. Alas loyang dengan plastic ( bawah sahaja )
5. Kukus selama 45 minit. ( Panaskan pengukus terlebih dahulu )







TOPPING

250gm cooking chocolate ( bar )
80ml susu cair ( tin )

1. Potong kecil cooking choclate.
2. Panaskan dalam microwave – medium selama 2 minit ( cair )
3. Keluarkan dari microwave – kacau dengan sudu
4. Masukkan susu cair – kacau hingga sebati
5. panaskan semula dalam microwave selama 30 saat hingga 1 minit,sehingga nampak cantikl
berminyak
6. sapukan kertas kek yang telah sejuk



p/s : Gunakan sudu kecil KFC untuk menyukat soda bikarbonat & garam.


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!
Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK