Friday, March 12, 2010

drama tiger woods SINGAPURA

macam2 hal la sekarang nih..



Drama Tiger Woods Singapura





SINGAPURA – Seorang pengarah filem terkenal di Singapura, Jack Neo digelar sebagai Tiger Woods di kalangan kolumnis dan penulis blog bukan kerana kehebatannya di padang golf.

Namun, gelaran itu diberikan kerana beberapa skandal hubungan sulit yang mencemarkan imejnya sebagai pengarah filem paling disayangi di negara berkenaan.

Pada satu sidang media secara langsung menerusi televisyen semalam yang mirip sidang media pengakuan Tiger Woods, Neo mengaku menipu isterinya.

Pengakuan itu merupakan kemuncak kepada pendedahan selama seminggu mengenai hubungan Neo bersama seorang model berusia 22 tahun sejak dua tahun lalu.

Beberapa artis dan model yang berbakat besar termasuk seorang yang berusia 16 tahun pernah membuat kenyataan kepada beberapa akhbar tabloid tempatan pada minggu ini bahawa Neo secara agresif cuba menggoda mereka.

Neo turut menjanjikan untuk menjadikan mereka bintang di dalam filemnya.

“Semuanya salah saya. Tolong beri peluang pada kami,” kata Neo, 50, sebelum menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya dan menangis pada sidang media semalam.

Isteri Neo, Irene, berusia 27 tahun yang berada di sisinya menyatakan dia memaafkan suaminya itu dan akan tetap hidup bersama dengannya.

Irene kemudian pengsan semasa berjalan keluar dari sidang media tersebut.

Isteri Neo itu terpaksa dipapah keluar dari pentas yang dikelilingi pancaran cahaya kerlipan kamera jurugambar.

“Saya sudah pun dilukai. Saya mahukan restu awak,” kata Irene yang berlinangan air mata sebelum itu.

Neo mula menjadi popular sebagai seorang pelawak di televisyen Singapura pada tahun 1990 dan kemudian mengarah filem Cina dan filem berbahasa Inggeris popular.

Antaranya, Money No Enough dan I Not Stupid yang banyak memperkenalkan kepentingan keluarga berbanding topik lain.

Filem terbarunya, Being Human ditayangkan di Singapura pada minggu lalu.

Pemerintah Singapura mengiktiraf Neo dengan anugerah khidmat masyarakat dan kebudayaan serta dia turut berkongsi sebuah laman blog dengan Menteri Luar Negeri, George Yeo.

Pada bulan lalu, Woods mengakhiri sikap mendiamkan diri selama tiga bulan dan mengesahkan hubungan sulitnya pada satu kenyataan di sebuah televisyen dengan tidak ditemani isterinya, Elin Nordegren.

Kisah Neo bermula Sabtu lalu apabila Wendy Chong, seorang model yang memainkan peranan kecil dalam dua filem arahan Neo memberitahu sebuah akhbar tabloid berbahasa Cina bahawa dia telah menjadi teman wanitanya sejak dua tahun lalu dan bertengkar dengan isteri Neo pada minggu lalu. – AP


sumber : kosmo



5 comments:

kenwooi said...

lots of scandal these days =)

Ashiya Mizuki said...

taw xper...skndal berseph3 skng..
barat kt amerika, timur kt sngapura..ntah3 kt mlaysia pon ad..tp xtersebr pon ag..huhu

violet VC said...

agree with u kenwoii =pP

violet VC said...

ala..memg ntah2 ad bnyk skndl kt ngra kita kn c.ashiya...cuma x dihebohkn jek....bahaya...

Ashiya Mizuki said...

2lh adat dunia...sape ada kuasa, dialah yang meng..huhu

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK