Friday, January 8, 2010

cerita 'kelentong' aku

salam...
hari ini bersamaan 08.01.2010...

baru hari ini rasanya berkesempatan untuk 'mengupdate' blog yang semakin suram nih....
(sebenarnye sudah ketandusan idea nak 'update'..hoho)

tahun 2010...
tahun baru...
masih sempat lagi untuk membuat azam baru walaupun da lewat 8 hari...
azam baru aku...

-mahu habiskan sem akhir ini dengan lancar-
-nak grad tahun ini jugak, mudah2an-
-kurangkan main game (tp mcmane nak kurgkan addicted game kt fb nih?? ade sape2 y ley tlg? hurm, papepon try da best la)-
-kurangkan untuk menyakitkan hati sesiapa yang dikenali-

tahun 2009, memang banyak kenangan.......
nak diceritakan dekat blog ni memang tak terlarat hanya mampu tersimpan di kotak memori sahaja...

tapi paling mencatatkan sejarah kerana tahun 2009 adalah tahun yang paling banyak aku pergi menonton wayang...

kebanyakannya bersama dengan seorang sahabat iaitu cik ashiya mizuki

senarai wayang yang telah ditontonn oleh cik violet bersama cik ashiya mizuki di penghujung tahun 2009

pisau cukur
(dengan harta kekayaan, kita tidak boleh membeli erti sebuah kebahagiaan)


papadom
(kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa terhadap anak gadisnya)


2012
(mengingatkan kita mengenai dunia sedang menghampiri zaman kemusnahan iaitu kiamat, wahai kawan2 semua persiapi la diri kita dengan menyeimbangkan amalan dunia akhirat, juga mengingatkan diri ini yang semakin lalai dan alpa)


zombieland
(kehidupan zombie yang sangat mengerikan kerana makanan utama golongan zombie adalah 'manusia'-yukzzzzzzz-)


the princess and the frog
(kisah dongeng kartun, seorang putera yang di sumpah menjadi seekor katak oleh sang bayang hitam yang mengamalkan ilmu sihir lalu terjumpa dengan seorang gadis yang bercita-cita untuk memiliki restoran tetapi akhirnya menjadi seekor katak kerana si putera tersebut sangka bahawa gadis itu adalah seorang puteri)


avatar
(mengenai kehidupan manusia dan kehidupan na'vi, berbeza sekali sikap manusia dengan sikap kaum na'vi kerana manusia amat mementingkan diri dan sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan populariti tetapi berlainan dengan sikap kaum na'vi di mana mereka begitu mencintai alam kehidupan semula jadi)


sherlock holmes
-pembuka tirai 2010 di mid valley pada 01.01.2010 pada 11 pagi-
(kisah penyiasatan seorang penyiasat bernama sherlock homes bersama rakan karibnya dr. John Watson, penyiasatan yang dilakukan oleh sherlock amat sempoi, diselitkan juga unsur persahabatan dimana sherlock homes ini begitu mengharapkan rakan karibnya berada di sampingnya semasa penyiasatan)


sedikit penilaian yang dapat aku buat sepanjang aku tonton movie2 tersebut...
penilaian yang ala2 skema dan ala2 suam2 kuku seperti cuaca pada hari ini yang agak mendung, tidak kelihatan pon cahaya matahari menembusi lapisan atmosfera...

p/s : tolong jangan percaya apa yang aku merepek nih!!! =D


3 comments:

Daffodil D said...

ehem. bila nak ajak aku movie-ing? :P

Ashiya Mizuki said...

huhu...kenangn menengok wayang bersme sahabat sy nie xkn sy lupekn...besh woo0oo...ad kish d sbalik tyme2 nk tgk 2..ad y besh, ad y cdey, ad y ala2 suam2 jerk...hoho.. paper p0wn kenangn nie, memg xkn luput r...thanx violet chem y sudi temn sy nonton sumer citer2 trsebut yer...sayaaaanngggggggg kamu........mmuaahhhh...haha.. =D

violet said...

mRs D : ko 2 xde ajak ak tgk pon...haha

cik ashiya : tau xpe...betape kte menempuh hlgn semate2 nak tgk sume wayg ni ek...ecece..hlgn la sngt..heheh...plg ternanti cte avatar ar..bp kali pi sik full jek...pas 2 bookg pon sik wat hal je...hahahah...geram pon ade slgi xpat tgk avatar ek...=p lastly pat gak tgk...sume cte best2...adeh...mcmane nih? pe next muvie cik ashiya??

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK