Showing posts with label cara atasi tekanan. Show all posts
Showing posts with label cara atasi tekanan. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Stresssssss.. Serius aku sedih..



Bukan aku tak cuba.. Dah cuba.. Bukan aku tak buat langsung.. Da buat.. Tapi stress tu tetap ada :( Time2 macam ni perlukan sangat idea kawan-kawan :(


Ni yang aku rindu zaman degreee ni :( Aku perlukan seseorang guide aku.. Bagi idea sama-sama.. Buat sama-sama.. Kadang perahan idea aku ni limited.. Mungkin idea daripada seseorang boleh membantu aku.. Huhu..


Tajuk thesis boleh kata simple.. Eleh bunyi bising je pon.. Tapi bila tentang analisis, serius aku down.. Masa ambil data, macam-macam ujian aku dapat.. Dengan eksiden, dengan alat hilang :( Semua ni menjadi pemangkin stress aku..


Sumber : Sini


Sedih, tak jumpa lagi GPS yang aku nak.. Dah jumpa, ada orang da beli pulak.. First come first serve.. Melepas :( Yang lain semua mahal :( Ongkos lagi :(


Teringat pasal eksiden, tu la kali pertama aku mengalami eksiden.. Time tu aku drive.. Dah la bawak member-member.. Mujur masing-masing tak ada apa-apa.. Tapi kereta cedera.. Dalam masa 2 minggu berturut-turut celaka.. Huhu.. Ujian daripada Allah.. Kita kene tabah menghadapinya..


Lagi satu masa awal-awal sem tu, aku sorang je yang tak boleh daftar subjek.. Semua member da lepas daftar.. Mungkin dari situ petanda buruk buat aku? Huhu.. Ya Allah, jauhilah aku daripada sebarang dugaan yang boleh mematahkan semangat aku.. Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menghabiskan saki baki master nih.. Aku nak konvo dengan ijazah sarjana.. Permudahkan segala urusanku.. 


Hanya padaMu aku berserah.. Aku hanyalah hambaMu yang hanya mampu merancang.. Sebaliknya hanya Kau sahaja yang menentukan takdirku..


Doakan untuk masa depan aku ea.. :(













Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK