Thursday, January 23, 2014

Bersyukur


Assalamualaikum.

Mulut tidak mampu berkata.
Kerana tiada orang di sekeliling yang boleh ajak berkata.
Hanya kipas, lampu, dinding yang menemani.
Mereka hanya mampu mendengar tidak pula mampu berkata.

Jari jemari pula rancak berkata.
Tanpa endah.
Terus berkata.
Sehinggalah ke sini jari mahu bicara.

Jari mahu berkata tentang bersyukur.
Apa yang ada depan mata.
Itu adalah rezeki.
Walaupun sekadar lampu dan kipas menemani.
Bersyukurlah kita ada mereka.

Tanpa mereka, panas dan gelaplah bilik ini.

###########

Hampir setahun 3 bulan rupanya berada di kolej semula.
Setahun 3 bulan merasa 3 bilik yang berbeza.
Suasananya sama.
Kau pilih untuk sendiri.
Sebab itu tiada teman bicara.
Mahupun gelak ketawa.

Sepanjang menetap di kolej.
Ketika satu masa dulu.
Tidak pernah terniat untuk memilih bilik seorang.
4 tahun di kolej sentiasa ada teman untuk bergosip.

1st year. Sempat menetap 1 bilik seorang.
Hostel under renovation.
Kemudian, berdua.
Shortsem, bertiga.
2nd year. Berempat. Memang meriah.
3rd year. Berempat. Kadang berlima. Riuh sangat!
4th year. Kembali berdua.
5th year. Di rumah. Penanam anggur tegar + full housewive.
6th year. Ini jalan yang kau pilih.
7th year. Hitung.

Kini.
Nyata beza banding dulu.
Kini adalah kini.
Dulu sudah menjadi yang dulu.

Ini jalan yang kau pilih.
Senyap itu kunci yang lebih baik.

Berat membuka mulut.
Sebab dah terlalu biasa.

Tapi. Tetap bersyukur.
Sebab. Ada yang menanti di hujung sana.


P/S : Kau pernah rasa? Makin jauh makin dekat, makin dekat makin jauh.


23 Januari 2014.


No comments:

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK