Sunday, October 20, 2013
20102013
Angka itu sebagai tanda
Tanda menjadi pelbagai cerita
Cerita yang tiada pernah sampai ke titik punca
Kejar cita-cita sebelum cinta
Cita-cita yang tidak juga kunjung tiba
Cinta bukanlah juga khabar dari rupa
Apa yang sebenarnya nak cuba untuk dicerita
Entahlah juga tiada merasa apa-apa
Bunyi cengkerik tak seindah bentuknya
Indah lagi bunyi bunyian bunga api di angkasa
Bukanlah mengharap apa-apa sebenanrnya
Tetapi disebaliknya pengharapan tiada menjadi sia-sia
Mungkin sendiri punca segala
Mungkin juga bukan bersendiri kaedahnya
Tiadalah apa melainkan dia
Siapakah dia pemusnah rasa
Okober bulan cinta katanya
Tiadalah sangka cinta yang dicipta
Mungkin juga penuh dengan cereka
Mungkin juga khayalan semata-mata
Indahnya fantasi tanpa realiti dunia
Nukilan,
CikViolet
20102013
a.m
No comments:
Post a Comment