Tuesday, May 22, 2012

Nafsu






Nafsu
Bukan nafsu sampah
Mahupun nafsu kuda
Cuma sedikit nafsu
Mahu dilampiaskan
Padamu
Sahaja yang
Mampu
Memahami diriku
Seadanya


Kaulah raja hatiku wahai blog
Merangkap diari hatiku
Di alam maya
Segala propa hati
Segala gundah jiwa
Hanya kau yang mampu ku serahkan
Selain hanya pada Dia 





Nafsu untuk memberi rasa
Nafsu untuk berkongsi maklumat
Semakin meningkat
Dengan adanya boyfriend baruku
Tiadalah sehandsome boyfriendmu
Tetapi bolehla mengiringi puncak kejayaanku


Ku perkenalkan boyfriendku yang bernama
Mr Thesis
Owh. Lihatlah dunia.
Betapa gagahnya Mr. T
Untuk membahagiakan aku
Pendorong cinta hati
Membantu karier perjalanan
Bakal muncul
Pada hari esok



Seiring perjalanan
Mencorak rezeki
Pada Dia ku hanya mampu berdoa
Untuk memudahkan
Segala impian
Yang masih
Malu-malu di dunia kotak raga




Sedikit langkah
Akanku berada dipuncak sana
Segenggam kesabaran
Menyempurnakan citaku
Sedikan omelan
Mengurang rasa kesakitan
Iringan doamu
Menyentuh kalbu








Tulus daripada kekasih gelap,
CIKVIOLET
220512
1804





p/s : Cuaca petang dingin menambah koleksi karutan
Harap dapat terima.

10 comments: